Salam Ramadhan....lamanya mummy tak update blog ni. Bukan lupa tapi tak cukup masa sekarang ni.
Alhamdulillah hari ni dah masuk 11 Ramadhan kita berpuasa. Kedatangan puasa tahun ini mummy ajar Atikah berpuasa. Yelah tahun 2012, umur Atikah 6 tahun, jadi sekarang lah masa yg sesuai untuk latih anak mummy ni berpuasa.
Hari pertama, biasalah...semua orang teruja. Mummy pun teruja sebab nk tengok reaksi Atikah pertama kali berpuasa. Teruja punya pasal sampai kita semua tak bangun sahur. Sebabnya mummy on alarm clock kat handphone pukul 4.30 pagi, tapi mummy terlupa nak tukar setting hari nya pulak...kat alarm clock tu selalunya on hanya untuk weekdays je...patutnya mummy tukar la ke everyday...dah hari pertama puasa tu jatuh hari sabtu, maka alarm clock mummy tu pun tak lah berbunyi. Dia akan berbunyi bermula dari hari Isnin sampai lah ke hari Jumaat sahaja...hehehehee
Dari pagi sampai ke petang tu Atikah ok je...tapi bila masuk je pukul 7 dia dah mula merengek dan siap guling2 lagi kat lantai...alahai sian la anak mummy ni..first day puasa dengan tak sahur lagi tu...nak bagi makan rasa rugi pulak...tak lama lagi pun masa dah nak berbuka......ayah pun mainkan peranan la pujuk anak kesayangan dia tu....puas jugak la nak memujuk...sampai la nk berbuka...hehehehehe...sabar betul ayah dengan keletah si anak.....
Akhirnya Atikah berjaya jugak habiskan puasanya untuk pertama kalinya iaitu pada hari pertama bulan puasa 2012....Alhamdulillah.
Hari ni masuk hari yg ke 11 hari kita berpuasa, Atikah dah pun berjaya berpuasa selama 6 hari walaupun tanpa bersahur. Mummy harap Atikah dapat teruskan berpuasa pada hari2 seterusnya ya sayang!!!
0 comments:
Post a Comment