Pada Sabtu 13 Jun 2009 bersamaan dgn 19 Jamadil Akhir 1430 Hijrah, lebih kurang pukul jam 10 pagi aku mendapat satu panggilan yang mengejutkan. Suami kakak sepupu ku telah pergi menemui penciptaNya....Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.....
Dengan usia seawal 47 tahun dia telah dijemput kembali oleh Allah kerana serangan strok yang dialami hampir 2 minggu. Seingat aku ini adalah serangan strok (sebelah kiri badan) yang pertama dihadapi beliau.
Kini arwah telah pun menunaikan janji kepada Nya dengan meninggalkan seorang isteri yaitu kakak sepupu ku (Acik Idah) bersama sepasang cahayamata yang kini meningkat remaja - Along (18 tahun) & Adik Ika (15 tahun).
Aku mendoakan semoga roh Allahyarham HAMZAH BIN EMBOT bersemadi dengan aman bersama dengan roh2 orang yang beriman & semoga Allah mengampunkan segala dosa2nya...
Al-Fatihah buat HAMZAH BIN EMBOT. Al-Fatihah.....
1 comments:
dariNYA kita datang kepadaNYA kita kembali..AL-FATIHAH
Post a Comment