CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 23, 2009

Novels (RAM)

Korang penah dengar tak nama RAMLEE AWANG MURSHID? Kalu korang nak tau he is one of my favorite writer. Banyak gak la novel2 dia yang aku dah baca. Mulanya aku ingat novel RAM ni susah nak baca maksudnya aku tak suka baca cerita yg nak kena pikior pastu meleret2. Aku ni suka baca buku yang tajuk nya simple tapi menusuk kalbu gitu...

Tahap umur aku skang ni aku dah tak berapa nak suka baca citer feeling2 cam cintan-cintun tu. Skang ni aku lebih suka baca buku2 yg kearah kekeluargaan + keagamaan (cam tak caya jer...)...Bila baca novel2 RAM ni aku pun rasa mcm aku ada kat dlm situasi cerita tu...seronok bila kita dpt menghayati dan menikmati alam semulajadi walaupun bukan di alam nyata...memanglah ada some of his book front cover dia nampak scary sikit tapi bila baca seronok! so don't judge the book by its cover ya....

Kepada sapa2 yg baru nak kenal dgn RAM kat sini aku selit kan skit profile & novel2 dia.....

——————————————-

Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk “thriller” dan seram.















1 comments:

Unknown said...

at last kakak aku berjaya memasukkan novel2 from RAM ni dlm blog nye...syabas2 wakakakaka.......klu ikut kan tajuk2 tu semua kite dh baca kan...hopefully there is a new novel coming soon...tak sabar nk menghabis kan uit beli novel2 tu....haahhahha..by the way novel2 aku tu dilarang bg org pinjam hokay...tu hak persendirian err actually hak sister&sister so no pinjam2 hokay....